MAKLUMAN PENUTUPAN LALUAN BAGI LENCONGAN JALAN SEMENTARA BAGI MENYIAPKAN BAKI KERJA PEMBINAAN JAMBATAN SG. CHELONG, BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN PADA

Adalah dimaklumkan bahawa laluan bagi lencongan jalan sementara akan di tutup kepada semua kenderaan berkuatkuasa pada 22 Januari 2024 bagi menyiapkan baki kerja pembinaan Jambatan Sg. Chelong, Bandar Baharu, Kedah Laluan Jalan Persekutuan FT136.

Semua kenderaan perlu menggunakan jalan utama yang akan dibuka secara dua (2) hala disebahagian laluan jambatan tersebut.

Adalah diharapkan agar semua pengguna jalan raya mematuhi papan tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amatlah diharapkan. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pejabat JKR Daerah Kulim / Bandar Baharu, Kedah di talian 04-4904040 dan faks 04-4907950.

JKR Daerah Kulim / Bandar Baharu