MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA RUMAH ORANG TUA SUNGAI TENGAS, DAERAH KULIM KEDAH DARUL AMAN.

Kulim, 24 April 2024, Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Semula Rumah Orang Tua Sungai Tengas, Daerah Kulim Kedah telah dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, DSDK, SDK,AMK,BCK,ASK., Pegawai Kewangan Negeri Kedah di tapak projek di Kulim, Kedah.

Turut hadir Yang Berbahagia Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah selaku Pegawai Penguasa, YBrs. Puan Ir.Yulinar Binti Ismail, Jurutera Daerah Daerah Kulim/ Bandar Baharu selaku Wakil Pegawai Penguasa, Yang Berbahagia, Dato’ ZulkhairiI Bin Zainol Abidin, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Jurutera Awam Penguasa Bangunan JKR Negeri Kedah, Ketua Jurutera Elektrik JKR Negeri Kedah, Juruukur Bahan Peguasa JKR Negeri Kedah dan pasukan projek JKR dan kontraktor.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua yang terlibat dari awal perancangan projek; JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Bahagian Arkitek, JKR Negeri Kedah, Bahagian Rekabentuk Awam dan Struktur (RBAS), Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Kedah, dan perunding-perunding yang telah dilantik.

Yang Berhormat Dato’ PKN mengucapkan tahniah semua yang terlibat bagi menyiapkan projek ini dan semoga memberi manfaat yang berpanjangan kepada para penghuni dan menjadi simbol keprihatinan kerajaan terhadap warga emas di Kedah.