LAWATAN BAGI MENANGANI ISU BANJIR.

22 September 2025 , Penolong Jurutera Jalan JKR Daerah Kota Setar bersama Pegawai Daerah Pokok Sena, En. Nasran Kamil bin Noh, serta wakil jabatan dan agensi berkaitan telah mengadakan tinjauan di sekitar kawasan yang sering berlaku banjir di antara sempadan Daerah Kota Setar dan Pokok Sena.
Lawatan ini yang diusahakan oleh Pegawai Daerah Pokok Sena bertujuan mengenal pasti punca-punca banjir kilat yang sering berlaku di kawasan tersebut.
Usaha ini juga bertujuan mencari penyelesaian jangka panjang bagi memastikan masalah banjir dapat diatasi, khususnya ketika hujan lebat.