PERUTUSAN JURUTERA DAERAH

 بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera kepada semua pelanggan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Setar dan Selamat Datang ke Portal Website Rasmi JKR Daerah Kota Setar.

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam Portal Website Rasmi JKR Daerah Kota Setar.

 

Tujuan Portal Website Rasmi ini dihasilkan adalah untuk memberi input serta maklumat penting mengenai JKR Daerah Kota Setar. Saya yakin dengan adanya laman web ini, orang ramai akan dapat mengenali dengan lebih dekat akan organisasi, visi, misi, objektif dan fungsi JKR Daerah Kota Setar secara lebih khusus.

 

Sehubungan itu, halatuju pejabat ini adalah memberi tumpuan serius kepada melaksanakan projek-projek pembinaan bermula dari perancangan, rekabentuk dan pembinaan supaya jalan yang dibina selesa dan selamat kepada pengguna jalanraya dan memastikan tiada projek yang lewat diserahkan kepada pelanggan. Tumpuan keselamatan juga perlu diambil kira semasa dan sesudah pembinaan serta keselamatan di tempat kerja. Kesedaran dan komitmen semua warga JKR adalah penting bagi merealisasikan hasrat ini.

 

Akhir kalam, sejajar dengan hasrat JKR Daerah Kota Setar untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan, segala urusan menerusi portal ini diharap dapat memudahkan pelanggan berurusan secara maya, terutama dalam menyalurkan segala aduan. Pejabat ini juga mengalu-alukan pandangan serta cadangan yang bermanfaat untuk dipertimbangkan dan diadaptasikan oleh pihak JKR Daerah Kota Setar bagi memperbaiki lagi isi kandungan serta akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. Perkongsian maklumat menerusi portal ini juga diharap dapat memberi kesan dan impak kepada pengguna.

 

Selamat melayari Portal Website Rasmi JKR Daerah Kota Setar.

 

 Sekian Terima Kasih.


Ir. ISNIL BADRIL BIN ISMAIL

JURUTERA DAERAH JKR KOTA SETAR

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2023. JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH DARUL AMAN