PENYERAHAN PROJEK SK SERI PINANG

 

 

Tanggal 27 November 2023 menyaksikan satu detik bersejarah buat warga SK Seri Pinang, Sungai Petani, Kedah impian untuk menduduki sebuah bangunan baru akhirnya menjadi realiti dan kegembiraan terpancar semasa majlis penyerahan projek ini berlangsung. Projek bernilai hampir RM20 juta ini merangkumi satu blok bangunan 4 tingkat mengandungi 18 bilik darjah dan pejabat, satu blok prasekolah, sebuah kantin baru dan lain lain kemudahan telah disiapkan pada 27 September 2023 lalu.
Majlis ini disempurnakan dengan acara penyerahan oleh Tuan Jurutera Daerah JKR Kuala Muda, En. Mohamad Azmi bin Yaakob, selaku Pegawai Penguasa Projek kepada wakil pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBrs. En. Norshuhaidy bin Shabudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Infrastruktur & Perolehan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN Kedah) sambil disaksikan oleh Tuan Hj. Ishak bin Zulkifli, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, En. Md Rosidi bin Saad, Guru Besar SK Seri Pinang dan YM Raja Azlan bin Raja Sulaiman, Pengarah Urusan Faqua Build Sdn. Bhd, kontraktor utama projek.
Sekalung ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada seluruh pasukan projek JKR; Caw Kerja Pendidikan (CKP) IP JKR Malaysia, Bah. Bangunan JKR Kedah, WPP Bah. Arkitek JKR Kedah, WPP JKR Elektrik Kedah, WPP JKR Mekanikal Kedah, WPP (Utama) JKR Kuala Muda, dan pasukan kontraktor utama, subkontraktor NSC dan subkontraktor lain serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. SYABAS!!

#JKRdihatiku

#SKSeriPinang

#FromJKRwithlove

#JKRKualaMuda

#infra