Kejohanan Bola Tampar Piala Pengarah JKR Kedah 2023

 

Alor Setar 28 Oktober 2023, telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Piala Pengarah JKR Negeri Kedah bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar Kedah. Kejohanan ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh Kelab Sukan & Kebajikan JKR Daerah Kubang Pasu.

Sebanyak 12 pasukan yang terdiri dari daerah dan cawangan JKR negeri Kedah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh  YBhg. Tuan Ir. Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah, diiringi oleh Tuan Ir. Ahmad Shahril Azli bin Idris, Jurutera Daerah JKR Kubang Pasu selaku tuan rumah kejohanan.

Pasukan JKR Daerah Kuala Muda dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pasukan JKR Daerah Langkawi dalam perlawanan akhir yang sengit manakala pasukan JKR Daerah Kota Setar dan JKR Cawangan Eletrik meraih tempat ketiga bersama.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang terlibat kerana menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan terima kasih kepada pihak urusetia kejohanan dalam menjayakan kejohanan ini. Majulah sukan untuk negara.

#jkrkedah
#jkrdaerahkubangpasu
#jkr
#kkr