𝐌𝐚𝐣π₯𝐒𝐬 π€π©π«πžπ¬π’πšπ¬π’ 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫π₯𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 π‰πŠπ‘ π‹πšπ§π π€πšπ°π’ πŸπŸŽπŸπŸ‘

  • Post category:AKTIVITI
πŸπŸ’ πƒπ’π¬πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ‘, Buat julung kalinya, JKR Langkawi telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan bagi menghargai pencapaian dan kecemerlangan warga JKR Langkawi sepanjang tahun 2023. Majlis ini juga turut meraikan kakitangan yang bersara iaitu En. Johari bin Talib dan kakitangan yang bertukar iaitu En. Mohamad Zakiy bin Siuti, Jurutera Bangunan serta En. Mohd Yasser bin Abu Bakar. Turut diraikan kakitangan baru iaitu Jurutera Fasiliti, En. Ahmad Shahir bin Sahar dan En. Mohd Khairul Hakim bin Hamidi. Terima kasih di ucapkan kepada semua warga JKR Langkawi di atas kecemerlangan dan komitmen yang terbaik yang telah ditonjolkan pada tahun ini. Semoga di tahun yang akan datangΒ  mampu memberikan inspirasi dan kejayaan yang lebih bermakna kepada semua warga JKR Langkawi.