πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ πŒπ„π‘πŽππŽπ‡ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„πŒππˆππ€ π’π„πŒπ”π‹π€ πŠπ„πŒπ”πƒπ€π‡π€π π‰π„π“πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‹π€ππ‚πŽππ† πƒπˆ 𝐆𝐔𝐀 π‚π‡π„π‘πˆπ“π€, π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ, πŠπ„πƒπ€π‡.

  • Post category:AKTIVITI

 

 

17 Januari 2024 ,Β  Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Meroboh Dan Membina Semula Kemudahan Jeti Pendaratan Pelancong Di Gua Cherita, Langkawi, Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Januari 2024 (Selasa) bertempat di Geopark Discovery Centre, Langkawi.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haslina Binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Majlis bertambah berseri dengan kehadiran YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), YBrs. Ir. Waznah binti Abdul Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia (CKIP), YBrs. Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR DAERAH LANGKAWI selaku Pegawai Penguasa dan YBrs. Tuan Zainoor Liza Bin Mohamed Nadzri, Pengarah Urusan Tricyrsmasa (M) Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama.
Pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman iaitu rekabentuk projek menggunakan kepakaran Jurutera JKR dan penyeliaan juga dilaksanakan sepenuhnya oleh JKR Daerah Langkawi.
Penyerahan projek ini bukan sahaja menepati KPI JKR Malaysia sekurang-kurangnya 3 dalam 1 malahan telah berjaya melangkaui KPI JKR Malaysia dengan memberi nilai tambahan 6 dalam 1 merangkumi perkara-perkara berikut :
1) Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
2) Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
3) Penyiapan As Built Drawing;
4) Operation & Maintenance (O&M) Manual;
5) Zero Lost Time Injuries (LTI); dan
6) Zero Major Defects.
Pembinaan projek ini melibatkan beberapa skop dan komponen utama iaitu:
1) Perobohan jeti sedia ada
2) Pembinaan cerucuk
3) Pembinaan kepala jeti bersaiz 3m x 3m dan jeti penghubung 180m x 1.4m
4) Shoreline monitoring
5) Pembinaan gazebo baru dan kerja naik taraf gazebo sedia ada
6) Pemasangan panel info & papan tanda
7) Kerja roboh dan bina semula tangga ke Gua Cherita
Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada Bahagian Maritim, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP) JKR Malaysia selaku Pengurus Program bagi projek ini yang telah banyak memberikan sumbangan dalam melaksanakan projek ini.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini yang telah memainkan peranan penting kepada kejayaan projek.