𝗣𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗔𝗖𝗛 𝗜𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗢𝗦𝗖 3.0 𝗣𝗟𝗨𝗦 𝗢𝗡𝗟𝗜𝗡𝗘 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦 3 𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 6

.
.
.
Pada 13 November 2023 (Isnin), Jabatan Kerja Raya Daerah Pendang telah menghadiri satu program Perkongsian Ilmu & Sesi Teach in Sistem Osc 3.0 Plus Online Bagi Proses 3 Hingga 6 yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Pendang yang bertempat di Pusat Teknologi Maklumat Kedah, Wisma Darul Aman. Sesi pembelajaran ini adalah melibatkan prosedur pengemukaan dokumen mula kerja (Borang B) sehingga pendepositan CCC melalui atas talian dengan kerjasama oleh Bahagian Pusat Setempat (OSC) Majlis Bandaraya Alor Setar dalam sesi pembentangan tersebut.
.
Peserta bagi sesi teach in ini adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada agensi teknikal dalaman Majlis Daerah Pendang serta beberapa agensi teknikal luaran seperti SADA, TNB, JKR, IWK dan Telekom Malaysia. Diharapkan ilmu yang diperolehi dapat merealisasikan hasrat MDP untuk menggunapakai sepenuhnya Sistem OSC 3.0 Plus Online.
.