𝐏𝐄𝐍𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐊𝐑 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆

.

.

Perasmian penubuhan Skuad Bencana Alam JKR Daerah Pendang telah diadakan pada 16 November 2023 yang bertempat di Bahagian Worksyop JKR Daerah Pendang.
Pasukan ini yang dianggotai oleh sebilangan daripada kakitangan JKR Daerah Pendang akan menjalankan tugas sebagai pasukan peronda yang peka dengan keadaan semasa di kawasan sekitar Daerah Pendang jika berlaku sebarang kecemasan serta bersedia dari masa ke semasa.
Masyarakat juga dinasihatkan agar sentiasa terus peka dan cakna dengan keadaan semasa di kejiranan masing-masing serta menjaga keselamatan diri dan keluarga.
Laporkan jika sebarang bencana dan situasi buruk yang berlaku di kawasan sekitar anda.
Squad Bencana Alam JKR Pendang bersedia untuk Semua.!! 💪🏻