𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 (𝐅𝐈𝐑𝐄 𝐃𝐑𝐈𝐋𝐋)

.

.

20 NOV 2023 | ISNIN – Latihan Fire Drill dan cara penggunaan alat pemadam api telah dilaksanakan di Pejabat JKR Daerah Pendang dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Pendang.
.
Latihan ini bertujuan memberi pendedahan awal dan latihan asas memadam kebakaran kepada semua warga JKR Pendang sekiranya berlaku kebakaran dan bertindak di peringkat awal bagi mengurangkan kadar risiko api merebak menjadi lebih besar.
.
Tiada kecederaan berlaku sepanjang latihan kebakaran ini diadakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
.