𝐏𝐞𝐫𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐰𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐉𝐊𝐑 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡

 



AHAD|5 FEBRUARI 2024 – Satu perlawanan persahabatan antara JKR bersama Pejabat Kawasan Alor Setar telah diadakan di hari ini yang bertempat di Aman Bowl, Aman Central Alor Setar Kedah. Perlawanan persahabatan ini telah disertai oleh JKR Bahagian / Daerah dari kawasan Utara Negeri Kedah bersama pihak THB dan turut disertai oleh JKR Daerah Pendang.

Pasukan yang diwakili oleh pejabat JKR Pendang telah mendapat tempat yang ke-6 dan ke-9 serta mendapat Anugerah Jatuhan Pin Terbanyak tempat yang ke-3 bagi kategori Wanita. Tahniah diucapkan kepada semua pemain serta penganjur yang telah menyertai dan menjayakan program sukan bowling tertutup ini dengan jayanya.