𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟓𝐁𝐃 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 (𝐏𝐏𝐊𝐈) 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐉𝐄𝐍𝐔𝐍, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇.

.
.
.
ISNIN | 14 Mac 2024 – Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Tambahan 5BD Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Di Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun telah diadakan pada pagi ini yang bertempat di Blok Bangunan Tambahan PPKI SK Bukit Jenun, Pendang Kedah.
.
Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Pendang, Tuan Ahmad Zamberi bin Ahmad dan Jurutera Daerah JKR Pendang Ir. Khadijah binti Abdul Razak. Turut hadir sama di majlis berkenaan adalah Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas JPN Kedah, Tuan Abdul Razak bin Mat, Guru Besar; Puan Rafieah binti Yob dan Pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun, para pegawai serta wakil di bahagian di Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, pihak JKR Pendang serta kontraktor utama ; Cahaya Karisma Resources.
.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam menyiapkan projek ini termasuklah JKR Ibu Pejabat Negeri Kedah, Pihak HOPT JKR Bahagian Bangunan Kedah, pihak HODT RBAS, Wakil Pegawai Penguasa JKR Arkitek, JKR Elektrik, JKR Mekanikal, JKR Daerah Pendang serta pihak Kontraktor Utama Cahaya Karisma Resources dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tidak dilupakan juga pihak Sekolah SK Bukit Jenun, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga Jabatan Pendidikan Negeri yang banyak membantu dalam usaha menjayakan Projek ini.
.
.