𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 (𝐉𝐏𝐍) 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 – 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐊 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐒𝐈𝐏𝐔𝐓

.
.
.
17 NOVEMBER 2024 | AHAD – Pemeriksaan tahap keselamatan bangunan yang kedua telah diadakan pada jam 2.30 petang tadi di SK Sungai Siput, Pendang Kedah yang telah dikenalpasti fizikal bangunan tersebut telah lama dan uzur serta tidak mempunyai pelbagai kerosakan.
.
Turut hadir bersama dalam lawatan pemeriksaan yang kedua ini ialah Ir. Khadijah Binti Abdul Razak, Jurutera Daerah Pendang, pasukan selenggara JKR Pendang, wakil JKR Bangunan Kedah, wakil JKR Elektrik Kedah, wakil JKR Mekanikal Kedah, Guru Besar SK Sungai Siput serta wakil PPD Daerah Pendang.