𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐇𝐏𝐓𝐍) 2024 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

.
.
.
5 Disember 2024 – Program Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2024 peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 4 & 5 Disember 2024 bagi meraikan HPTN peringkat Kebangsaan yang diadakan pada setiap Sabtu minggu pertama bulan Disember setiap Tahun.
.
Program ini HTPN Kedah 2024 ini telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari yang bertempat di Dewan Al Farabi, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan turut disertai dan dihadiri oleh Ir. Khadijah Binti Abdul Razak, Jurutera Daerah JKR Pendang dan pegawai serta kakitangan dari JKR Pendang.
.
Perasmian Program diserikan lagi dengan Gimik Pelancaran oleh robot Lomu dari Pusat Sains Negara, Montaj Program dan persembahan tarian kebudayaan oleh murid Kolej Vokasional Alor Setar dan Sek Keb Convent Alor Setar.
.
Pelbagai acara serta perkongsian ilmu berkaitan bidang teknikal turut diberikan kepada para hadirin sepanjang program berlangsung serta pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik turut diberikan kepada yang bertuah.
.
.
Layari Facebook Rasmi JKR Pendang :