.
ISNIN | 24 Februari 2025 – Satu majlis bacaan Yasin telah diadakan di bilik mesyuarat JKR Daerah Pendang pada pagi ini. Majlis bacaan Yasin ini diadakan bagi memohon agar dipermudahkan urusan dan semoga diberi kesihatan yang baik kepada Noorzaiaswad Bin Zailan, Penolong Jurutera, JKR Daerah Pendang, yang sedang berada di Hospital bagi menjalani beberapa pembedahan kecil di kepala.
.
Turut hadir dalam majlis bacaan Yasin tersebut ialah Ir. Khadijah Binti Abdul Razak, Jurutera Daerah JKR Pendang, Ir Ts Muhammad Kasimi Bin Abd Khalil, Jurutera Bangunan JKR Daerah Pendang, serta semua kakitangan JKR Daerah Pendang.
.
Semoga diberikan kesihatan dan sihat sejahtera seperti sediakala.

.
.
Layari Faacebook Rasmi JKR Pendang : https://www.facebook.com/people/JKR-Daerah-Pendang/100057522726971/
.