.
Khamis | 27 Februari 2025 – Satu Majlis Ceramah sempena menyambut bulan Ramadhan telah diadakan pada hari ini di Bilik Seminar JKR Daerah Pendang anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Daerah Pendang, Kedah.
.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohamad Nizam Bin Mohd Noh, iaitu Imam Masjid Al-Wusta, Guar Chempedak.
.
Turut hadir dalam majlis bacaan Yasin tersebut ialah Ir. Khadijah Binti Abdul Razak, Jurutera Daerah JKR Pendang serta semua kakitangan JKR Daerah Pendang.
.
Pada akhir majlis juga telah diadakan majlis ringkas sesi penyerahan sumbangan kepada ahli kelab sukan yang berdukacita kehilangan anggota keluarga serta sesi penyerahan sumbangan sempena menyambut bulan ramadhan kepada semua ahli Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Daerah Pendang Kedah.
.
.
Layari Facebook Rasmi JKR Pendang : https://www.facebook.com/people/JKR-Daerah-Pendang/100057522726971/
.