.
.
.
ISNIN | 17 MAC 2025 – Majlis Sukan JKR Kedah bersama kelab gabungan cawangan/daerah telah mengadakan satu Program Bubur Lambuk Perdana sempena Ramadan tahun 1446H/2025 yang bertempat di JKR Setor Fasiliti & Penyelenggaraan Jalan, Pantai Johor, Kedah.
.
Majlis bermula pada jam 9.00 Pagi dan turut disertai oleh Kelab Gabungan / Cawangan dari setiap daerah dan bahagian JKR Kedah. Pada tahun ini, Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Daerah Pendang & Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Yan telah bergabung tenaga bersama-sama dalam penyertaan program bubur lambuk perdana yang dianjurkan oleh Majlis Sukan JKR Negeri Kedah.
.
Turut hadir bersama bagi menjayakan Majlis Tersebut ialah Tuan Pengarah JKR Negeri Kedah selaku Yang DiPertua Majlis Sukan JKR Negeri Kedah serta barisan pengurusan tertinggi serta AJK Majlis Sukan JKR Negeri Kedah dan Ahli Kelab Gabungan/Cawangan/Daerah JKR Kedah.
.
Alhamdulillah, kelab gabungan JKR Pendang dan JKR Yan telah memenangi tempat ke-2 dalam kategori bubur lambuk paling sedap yang membuat beberapa kelain pada tahun ini iaitu bubur lambuk ‘seafood’. Juga tahniah kepada semua pemenang yang telah memenangi siap kategori yang dipertandingkan.
.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
.
.
.
Layari Facebook Rasmi JKR Pendang : https://www.facebook.com/people/JKR-Daerah-Pendang/100057522726971/
.