LAWATAN TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MALAYSIA KE JKR DAERAH PENDANG

.
.
.
PENDANG, 20 Mac 2025 – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke JKR Daerah Pendang, Kedah.
Ketibaan YB Datuk Seri Ahmad Maslan disambut oleh Ir. Khadijah Binti Abdul Razak, Jurutera Daerah JKR Pendang. Terdahulu, Timbalan Menteri Kerja Raya telah diberikan taklimat berkenaan projek dibawah seliaan JKR Daerah Pendang Kedah di Bilik Mesyuarat JKR Daerah Pendang.
.
Beliau seterusnya berkenan menyampaikan sumbangan berbuka puasa kepada kakitangan JKR Pendang selepas sesi taklimat yang berlangsung. Beliau pada akhir lawatan kerja di JKR Pendang dibawa melawat ke Projek Menaiktaraf Persimpangan Jalan Sg. Tiang & Jalan Masuk Ke Hospital Pendang.
.
Turut hadir bersama YB Dato’ Suraya Binti Yaacob, pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Jurutera Awam Penguasa CPAB & Korperat JKR Kedah, Ir. Ts. Shafiz Sham Bin Hj. Md Nor, Jurutera Awam Penguasa Jalan JKR Kedah, Ir. Muhammad Yusri Bin Hamid, Ketua Jurutera Elektrik Negeri Kedah, Ir. Amalina Binti Taib, serta barisan para pegawai dari JKR Kedah dan JKR Pendang.
.
Pelbagai perbincangan yang menyeluruh dari segenap aspek telah dibincangkan bersama agar memastikan prasarana dan infrastruktur di Daerah Pendang adalah yang terbaik dengan pengurangan kos projek dan disiapkan lebih awal dari jadual untuk untuk dimanfaatkan oleh seluruh penduduk di Daerah Pendang.
.
Layari Laman Web Rasmi JKR Pendang :