𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐌𝐀𝐓𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐊𝐌𝐊𝐊)

.

.

10 JULAI 2025 | KHAMIS – Puan Jurutera Daerah, Ir. Khadijah bt Abdul Razak telah menerima kunjungan hormat daripada Pihak Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) yang diketuai oleh Pengarah KMKK, Encik Mohamad Ariffin bin Abd Aziz.
.
Turut hadir bersama mengiringi Puan Jurutera Daerah adalah Ir. Ts. Muhamad Kasimi Bin Abd Khalil, Jurutera Bangunan.
Pertemuan ini merupakan kunjungan rasmi pertama oleh Pengarah KMKK ke Pejabat Jurutera Daerah JKR Daerah Pendang. Dalam kunjungan tersebut, pelbagai isu telah dibincangkan bersama bagi memastikan Projek Pembinaan Blok Asrama Pelajar Lelaki dan Rumah Warden Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah berjalan lancar dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
.
Layari Laman Web Rasmi JKR Pendang :