LAWATAN KERJA KE PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH (PKMD) KUBANG PASU, KEDAH.

.

.

.

KHAMIS | 24 Julai 2025 – Puan Jurutera Daerah, Ir. Khadijah Binti Abdul Razak telah menghadiri satu sesi lawatan kerja ke Pejabat Kebajikan Daerah(PKMD) Daerah Kubang Pasu, Kedah hari ini.
Lawatan diadakan bertujuan untuk meluaskan pandangan dan penilaian sebelum Kerja-Kerja Ubahsuai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Pendang, Kedah dilaksanakan. Terdahulu, lawatan ini telah disambut mesra dan diberikan taklimat lawatan oleh Ketua Pegawai Kebajikan Masyarakan Daerah Kubang Pasu yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PKMD Kubang Pasu.
Lawatan turut dihadiri oleh Penolong Jurutera Kanan JKR Pendang Puan Norasyikin Binti Saad, wakil-wakil pegawai penguasa dari pihak HOPT, JKR Ibu Pejabat, Arkitek JKR Kedah, pihak penguasa projek dari JKR Pendang, wakil pelanggan iaitu Pejabat Kebajikan Daerah Pendang dan pihak kontraktor terlibat.
JKR Kedah Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
.
Layari Laman Web Rasmi JKR Pendang :