.
.
.
PENDANG | 5 OGOS 2025 – Satu program Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Kerja Raya telah diadakan khususnya kepada warga penduduk di Daerah Pendang. Program yang berlangsung di Tapak Pasar Sehari atau lebih dikenali Pasar Kemboja tersebut telah menarik ramai pengunjung yang rata-ratanya terdiri daripada penduduk sekitar di Daerah Pendang.
.
Pelbagai aktiviti menarik dan pameran telah disediakan termasuk terdapat kaunter aduan yang telah dibuka bagi orang ramai mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan. Program yang mendapat sambutan ramai pengunjung dan penduduk setempat turut mempromosikan ‘I am JKR’ kepada semua yang hadir.
Turut hadir bersama Puan Jurutera Daerah JKR Daerah Pendang, Ir. Khadijah Binti Abdul Razak dan pegawai-pegawai tertinggi di pihak pengurusan dan teknikal JKR Daerah Pendang serta kakitangan JKR Pendang yang terlibat.
.
.
Layari Facebook Rasmi JKR Pendang :