JEMPUTAN SUKAN BOWLING THB ALOR SETAR BERSAMA JKR BAHAGIAN / DAERAH.

 

ALOR SETAR, 04 FEBRUARI 2024 – Telah berlangsungnya acara Sukan bowling diantara THB Alor Setar bersama JKR Bahagian dan JKR Daerah Negeri Kedah Zon Utara di Aman Bowl, Aman Central , Kedah . Antara daerah yang menyertai sukan tersebut ialah JKR Daerah Kubang Pasu, JKR Daerah Padang Terap / Pokok Sena, JKR Daerah Kota Setar, JKR Daerah Pendang, JKR Daerah Yan dan jemputan khas Jurutera Daerah & ketua bahagian pasukan JKR Negeri Kedah. Kategori yang dipertandingkan ialah Mix Trio, Individu Lelaki, Individu Wanita & Jemputan khas Jurutera Daerah dan Ketua Bahagian.

Pasukan yang diwakili oleh pejabat JKR Daerah Yan telah mendapat tempat yang ke-8 dan johan kumpulan serta mendapat Anugerah Jatuhan Pin Terbanyak tempat yang ke-1 bagi kategori Lelaki & Wanita. Tahniah diucapkan kepada semua pemain serta penganjur yang telah menyertai dan menjayakan program sukan bowling tertutup ini dengan jayanya.