MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN FT 252 JALAN GUNUNG JERAI, DAERAH YAN, KEDAH PADA 13 MEI 2024, ISNIN SEHINGGA 17 MEI 2024, JUMAAT (MULAI JAM 8.00 PAGI – 5.00 PETANG)

 

Adalah dimaklumkan bahawa Laluan FT252 Jalan Gunung Jerai akan ditutup kepada semua kenderaan pada 13 Mei 2024 (Isnin) sehingga 17 Mei 2024 (Jumaat) mulai jam 8.00 pagi – jam 5.00 petang bagi tujuan penyambungan kerja-kerja penebangan pokok untuk kerja pembaikan cerun.

Sehubungan dengan itu, laluan tersebut akan ditutup kepada semua lalulintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Papan tanda pemberitahuan akan dipasang di tapak untuk panduan pengguna jalan raya. Pengawal bendera juga akan sentiasa berada di tapak untuk mengawal trafik.

Kami berharap agar semua pengguna jalan raya mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pejabat JKR Daerah Yan, Kedah talian 04-4657313/04-4655076, fax 044657314.   

Sumber : JKR Daerah Yan.

#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua