MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN LALUAN KE PUNCAK GUNUNG JERAI (FT 252: SEKSYEN 0 – 11KM).

Sempena acara Jerai Night Half Marathon Tahun Melawat Kedah 2025, pihak berkuasa ingin memaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa laluan ke Puncak Gunung Jerai (FT 252: Seksyen 0 – 11KM) akan ditutup sementara seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: Sabtu, 25 Januari 2025
Masa: 7.00 malam (25/01/2025) hingga 2.00 pagi (26/01/2025)

🚧 Laluan Terlibat: Jalan Gunung Jerai (FT 252: Seksyen 0 – 11KM)

Perhatian dan kerjasama daripada orang ramai amat dihargai. Penutupan ini adalah perlu bagi memastikan keselamatan peserta dan kelancaran acara yang bakal mengangkat nama Kedah sebagai destinasi pilihan pelancongan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih atas sokongan serta pemahaman anda. Bersama kita menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025!

Sumber daripada Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah oleh Tc. Khairy (mkhairy@jkr.gov.my).

#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah