“Menelusuri Hijrah, Menyemai Integriti, Menjana Kecemerlangan”

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Maal Hijrah 1447 Hijrah.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, kita sekali lagi dipertemukan dengan ambang tahun baharu dalam kalender Islam, yakni 1 Muharam 1447 Hijrah.

Maal Hijrah bukan sekadar peringatan terhadap peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Madinah al-Munawwarah, malah ia merupakan titik tolak kepada transformasi besar dalam sejarah tamadun Islam yang sarat dengan nilai pengorbanan, kecekalan, perpaduan serta keimanan yang tidak berbelah bahagi.

Sehubungan itu, marilah kita jadikan tahun baharu ini sebagai medan muhasabah dan pemugaran semangat dalam memperteguh azam dan iltizam untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme serta kecemerlangan dalam menjalankan amanah sebagai penjawat awam.

Bagi pihak seluruh warga Jabatan Kerja Raya Daerah Yan, Kedah, kami mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H. Semoga tahun ini membawa sinar pembaharuan yang lebih bermakna, serta mengukuhkan ukhwah dan komitmen kita semua dalam membina daerah Yan yang lebih maju, berdaya saing dan diberkati.

“Hijrah Menjana Perpaduan, Memacu Kemajuan”

SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.

#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah