PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN PERINGKAT JKR DAERAH YAN TAHUN 2025

YAN, KEDAH, 31 Julai 2025 – Program Latihan Keselamatan Kebakaran Peringkat JKR Daerah Yan Tahun 2025 telah berjaya diadakan di Perkarangan Pejabat JKR Daerah Yan yang turut dihadiri oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Yan.  Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan tahap kesiapsiagaan warga kerja JKR Derah Yan terhadap sebarang situasi kecemasan melibatkan kebakaran. Latihan ini turut melibatkan demonstrasi pemadaman api, taklimat keselamatan serta simulasi pengosongan bangunan, dengan kerjasama daripada pasukan bomba dan penyelamat.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen JKR Daerah Yan dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat dan terancang bagi semua kakitangannya.

SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.

#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah