π‹π€π“πˆπ‡ π€πŒπ€π‹ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 β€˜π‰π„π‘π€πˆ 𝐒𝐀𝐑𝐄𝐗’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π˜π€π, πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π

GUNUNG JERAI, 7 Ogos 2025 –Β  Sebuah Program daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Yan (JPBD Yan) untuk Latih Amal Pengurusan Bencana Daerah Yan yang diadakan pada hari ini, 7 Ogos 2025 (Khamis) bertempat di Kolej Komuniti Jerai dan Kawasan Sekitar Kaki Gunung Jerai jam yang bermula pada jam 7:30 pagi sehingga 1:00 tengahari. Latihan ini turut mendapat penglibatan daripada pelbagai agensi keselamatan dan pasukan penyelamat serta penyertaan daripada staf JKR Daerah Yan, Kedah sebagai wakil agensi yang berdekatan.

Latihan selama lima (5) jam ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan koordinasi agensi berkaitan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana,Β kemalangan kenderaan atau insiden yang boleh berlaku di kawasan Gunung Jerai β€” khususnya kawasan rekreasi, pendakian, dan kaki gunung β€” yang relevan untuk tujuan program latih amal pengurusan bencana. Selain itu, kemalangan atau insiden yang boleh berlaku juga termasuklah insidenΒ tanah/cerun runtuh, pokok tumbang, pendaki sesat/hilang, kecederaan semasa mendaki, serangan haiwan liar, kebakaran hutan, kejadian banjir kilat di kaki gunung, gangguan bekalan air/minyak/elektrik di resort atau pusat peranginan dan lain-lain lagi.

Aktiviti pembunyian siren, pergerakan kenderaan pasukan keselamatan di Tapak Latihan Amal Bencana turut diadakan sebagai simulasi latihan untukΒ  meningkatkan persediaan semua agensi terlibat sekiranya berlaku kecemasan yang sebenar.

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan latihan seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap agensi sentiasa berada dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang mungkin berlaku.

SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.

#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah