RELAU, 18 Ogos 2025 – Sebuah Program 2 Hari 1 Malam yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan, JKR Daerah Yan, Kedah telah berlangsung pada 18 Ogos 2025 (Isnin) hingga 19 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di Farmstay Relau, Bandar Bahru, Malaysia. Program yang dinamakan “MENTAL SIHAT HIDUP HEBAT” ini telah melibatkan seramai 40 orang staf JKR Daerah Yan.
Objektif utama program ini adalah sebagai pendedahan kepada warga kerja JKR Daerah Yan tentang kepentingan kesihatan mental dalam kehidupan seharian, di samping meningkatkan kefahaman tentang cara pengurusan emosi dan tekanan kerja secara berkesan.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti berbentuk latihan, ceramah motivasi, sesi perkongsian pengalaman, serta aktiviti luar telah diadakan bagi mengukuhkan semangat kerjasama, meningkatkan keyakinan diri dan membina daya tahan mental yang lebih positif.
Tentatif Program
Salah satu pengisian utama adalah Majlis Perpisahan Staf JKR Daerah Yan yang berpindah ke pejabat baharu, iaitu:-
-
Tc. Muhammad Khairy Bin Mohamad Rashidi – JKR Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
-
Mohd Suhaimi Bin Shaari – Pasukan Projek Persekutuan Negeri Kedah (PPPN)
-
Nurul Asyikin Binti Ibrahim – Pejabat Daerah dan Tanah Yan
-
Izham Bin Ayob – JKR Daerah Pendang
-
Nor Faizzah Binti Izhar – JKR Daerah Kota Setar
-
Md Zahir Bin Bakar – JKR Daerah Pendang
-
Muhammad Afandi Bin Mohamad Hanipah – JKR Daerah Pendang
Tentatif seterusnya melibatkan aktiviti berkumpulan yang dibahagikan melalui cabutan undi. Setiap kumpulan diberi nama khas iaitu:
-
Asphalt Avengers
-
Bridge Busters
-
Concrete Commandos
-
Drainage Dragons
Aktiviti berkumpulan ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Perkhidmatan Sokongan di JKR Daerah Yan. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan kerjasama, komunikasi, semangat berpasukan, kreativiti serta inovasi. Suasana desa di Farmstay Relau turut memberi ketenangan minda kepada para peserta yang menyertai program tersebut.
Antara permainan yang dilaksanakan oleh pengajur Bahagian Latihan JKR Daerah Yan ialah:
Permainan Indoor:
-
Manis Sampai ke Hati
-
Puzzle Warriors
-
Cup Tower
-
Straw Sniper
Permainan Outdoor:
-
Belon Harapan
-
Operasi Tapau Senyap
Aktiviti mendaki (hiking) Bukit Relau sepanjang 2 kilometer diadakan sebagai aktiviti penutup program ini. Penganjuran program ini selari dengan usaha JKR Daerah Yan dalam membentuk budaya kerja yang sihat, produktif dan harmoni di kalangan staf, sekaligus menyokong matlamat organisasi dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.
SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.
#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah