๐“Ÿ๐“ป๐“ธ๐“ฐ๐“ป๐“ช๐“ถ ๐“™๐“พ๐“ป๐“พ๐“ฝ๐“ฎ๐“ป๐“ช ๐““๐“ช๐“ฎ๐“ป๐“ช๐“ฑ (๐“’๐“ข๐“ก) ๐“œ๐“ฎ๐“ท๐“ช๐“ท๐“ช๐“ถ ๐“Ÿ๐“ธ๐“ด๐“ธ๐“ด ๐“‘๐“ช๐“ด๐“ช๐“พ

SUNGAI LIMAU YAN, 11 September 2025 โ€“ Sebanyak 500 anak pokok bakau telah berjaya ditanam di kawasan pesisir Kuala Sungai Limau, Yan, Kedah di dalam Program CSR Seminar Jurutera Daerahย yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah sertaย Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 50 orang peserta, yang terdiri daripada Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya seluruh Malaysia, kakitangan JKR Daerah Yan serta pegawai daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Program ini merupakan program penutup bagi Seminar Jurutera Daerah 2025 yang telah dijalankan di Intan Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani, Kedah pada 9hb sehingga 11hb september 2025.

Peserta diberikan penerangan mengenai jenis pokok bakau dan cara penanaman berkesan bagi program CSR ini sebelum aktiviti menanam bakau dimulakan. Menurut Penolong Pengarah Seksyen Silvilkultur dan Perlindungan, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, iaitu Encik Rajihan Bin Rahim usaha penanaman pokok bakau ini diharap dapat memberi impak positif kepada komuniti setempat, khususnya dalam aspek pemeliharaan alam sekitar, pembangunan ekopelancongan serta memperkayakan sumber hidupan marin.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan pihak JKR bersama agensi berkaitan dalam memelihara khazanah alam semula jadi demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar.
SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.

#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah
#IamJKR