SUNGAI BUJANG TUPAH, 13 Oktober 2025 – Sebanyak tujuh (7) unit beam telah berjaya dipasang di Jambatan Sungai Bujang, Tupah, Kedah sempena kerja-kerja launching beam bagi Projek Menggantikan Jambatan Sungai Yan Besar dan Sungai Bujang (Tupah), Jalan Kuala Kedah / Yan / Singkir / Bedong (K1), Kedah Darul Aman.
Suasana di tapak pada pagi tersebut berjalan dengan lancar apabila pihak kontraktor memaklumkan kesediaan untuk memulakan kerja pemasangan pada jam 10.30 pagi. Setiap unit beam seberat 52 tan berjaya dipasang dengan menggunakan peralatan khas dan tenaga kerja berpengalaman bagi memastikan proses launching dijalankan dengan selamat dan teratur.
Kerja pemasangan beam ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam kemajuan projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah melalui JKR Daerah Yan, dengan kerjasama kontraktor yang dilantik iaitu Tanjung Kristal Holdings Sdn. Bhd. Proses ini dijalankan dengan pemantauan rapi oleh jurutera tapak bagi memastikan aspek keselamatan dan kualiti kerja menepati spesifikasi yang ditetapkan.
Selain itu, aktiviti ini juga secara tidak langsung memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran praktikal warga kerja JKR dalam pelaksanaan kerja-kerja pemasangan beam di kawasan Jambatan, sekali gus memperkukuh kecekapan teknikal pasukan projek mengendalikan kerja-kerja di tapak.
Apabila siap sepenuhnya, jambatan baharu ini dijangka akan meningkatkan tahap keselamatan serta kelancaran trafik di kawasan berkenaan, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk setempat dan pengguna jalan di sekitarnya.
Langkah demi langkah, projek ini semakin hampir ke garisan penyiapan demi kemudahan dan keselamatan rakyat. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir bagi menyaksikan proses Launching Beam ini.
💪 Tahniah kepada semua pihak yang terlibat!
SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.
#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah
#IamJKR