𝓢𝓮𝓴𝓪𝓵𝓾𝓷𝓰 𝓑𝓾𝓭𝓲 𝓭𝓪𝓷 𝓢𝓮𝓳𝓪𝓶𝓫𝓪𝓴 𝓚𝓪𝓼𝓲𝓱

🌿 Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih 🌿

Berikutan program yang telah diadakan di Farmstay Relau, Bandar Baharu, Kedah pada 18–19 Ogos 2025 yang lalu, warga JKR Daerah Yan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan staf yang berpindah sepanjang berkhidmat di jabatan ini.

Sekalung Budi dan Sejambak Kasih diucapkan kepada :

  1. Tc. Muhammad Khairy Bin Mohamad Rashidi berpindah ke JKR Daerah Timur Laut, Pulau Pinang dan berkuat kuasa pada 12 Jun 2025.

  2. Mohd Suhaimi Bin Shaari berpindah ke Pasukan Projek Persekutuan Negeri Kedah (PPPN) dan berkuat kuasa pada 4 Ogos 2025.

  3. Nurul Asyikin Binti Ibrahim berpindah ke Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan berkuat kuasa pada 17 Ogos 2025.

  4. Izham Bin Ayob berpindah ke JKR Daerah Pendang dan berkuat kuasa pada 17 Ogos 2025.

  5. Nor Faizzah Binti Izhar berpindah ke JKR Daerah Kota Setar dan berkuat kuasa pada17 Ogos 2025.

  6. Md Zahir Bin Bakar berpindah ke JKR Daerah Pendang dan berkuat kuasa pada 17 Ogos 2025.

  7. Muhammad Afandi Bin Mohamad Hanipah berpindah ke JKR Daerah Pendang dan berkuat kuasa pada 17 Ogos 2025.

📜
Pohon selasih tumbuh merimbun,
Daunnya hijau menambah seri.
Budi dikenang jasa disanjung,
Ikhlas ditabur kekal di hati. 💐

📜🌿
Padi dituai di hujung bendang,
Beras disimpan bekalan hari.
Walau berpisah membawa pandang,
Silaturahim kekal dihati. 🌾

Terima kasih atas segala khidmat bakti dan kenangan yang ditinggalkan.

Semoga terus cemerlang serta menabur bakti dengan penuh dedikasi dan integriti di tempat baharu. 🌸

SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.

#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah