🌿 Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih 🌿
Berikutan program yang telah diadakan di Farmstay Relau, Bandar Baharu, Kedah pada 18–19 Ogos 2025 yang lalu, warga JKR Daerah Yan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan staf yang berpindah sepanjang berkhidmat di jabatan ini.
Sekalung Budi dan Sejambak Kasih diucapkan kepada :
-
Tc. Muhammad Khairy Bin Mohamad Rashidi berpindah ke JKR Daerah Timur Laut, Pulau Pinang dan berkuat kuasa pada 12 Jun 2025.
-
Mohd Suhaimi Bin Shaari berpindah ke Pasukan Projek Persekutuan Negeri Kedah (PPPN) dan berkuat kuasa pada 4 Ogos 2025.
-
Nurul Asyikin Binti Ibrahim berpindah ke Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan berkuat kuasa pada 17 Ogos 2025.
-
Izham Bin Ayob berpindah ke JKR Daerah Pendang dan berkuat kuasa pada 17 Ogos 2025.
-
Nor Faizzah Binti Izhar berpindah ke JKR Daerah Kota Setar dan berkuat kuasa pada17 Ogos 2025.
-
Md Zahir Bin Bakar berpindah ke JKR Daerah Pendang dan berkuat kuasa pada 17 Ogos 2025.
-
Muhammad Afandi Bin Mohamad Hanipah berpindah ke JKR Daerah Pendang dan berkuat kuasa pada 17 Ogos 2025.
📜✨
Pohon selasih tumbuh merimbun,
Daunnya hijau menambah seri.
Budi dikenang jasa disanjung,
Ikhlas ditabur kekal di hati. 💐
📜🌿
Padi dituai di hujung bendang,
Beras disimpan bekalan hari.
Walau berpisah membawa pandang,
Silaturahim kekal dihati. 🌾
Terima kasih atas segala khidmat bakti dan kenangan yang ditinggalkan.
Semoga terus cemerlang serta menabur bakti dengan penuh dedikasi dan integriti di tempat baharu. 🌸
SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.
#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah