๐’ฎ๐‘’๐“‚๐’พ๐“ƒ๐’ถ๐“‡ ๐’ฏ๐‘’๐“€๐“ƒ๐’พ๐“€๐’ถ๐“ โ€“ ๐ป๐’ถ๐“‡๐’พ ๐’ซ๐“‡๐‘œ๐’ป๐‘’๐“ˆ๐’พ๐‘œ๐“ƒ ๐’ฏ๐‘’๐“€๐“ƒ๐’พ๐“€๐’ถ๐“ ๐’ฉ๐‘’๐‘”๐’ถ๐“‡๐’ถ ๐Ÿค๐Ÿข๐Ÿค๐Ÿง ๐’ซ๐‘’๐“‡๐’พ๐“ƒ๐‘”๐“€๐’ถ๐“‰ ๐’ฉ๐‘’๐‘”๐‘’๐“‡๐’พ ๐’ฆ๐‘’๐’น๐’ถ๐’ฝ



ALOR SETAR, KEDAH (22โ€“23 Oktober 2025) โ€“ Seramai sepuluh orang staf JKR Daerah Yan telah turut serta dalam Seminar Teknikal bersempena Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025) Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Dewan Kompleks Pembangunan Asnaf, Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah.

Program selama dua hari ini merupakan anjuran JKR Negeri Kedah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta beberapa agensi teknikal lain yang turut memeriahkan suasana dewan tersebut.

Bertemakan โ€œMengorak Inovasi Masa Depan Demi Kemanusiaan,โ€ seminar ini menghimpunkan pelbagai agensi teknikal bagi memperkukuh profesionalisme dan perkongsian ilmu dalam bidang kejuruteraan serta pembangunan infrastruktur negara.

Majlis perasmian Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025 Peringkat Negeri Kedah telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar,
YB Dato’ Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria, bertempat di Dewan Kompleks Pembangunan Asnaf, LZNK tersebut.

Turut hadir, Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail; Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Ahmad Solihin Budarto; serta beberapa pegawai kenamaan yang lain.

Antara pengisian menarik sepanjang program ialah aktiviti hands-on pemasangan Bailey Bridge, pameran produk teknikal, pemberian 20 Mata CCD, sijil penyertaan serta cabutan bertuah.

Di dalam penganjuran kali ini, staf JKR Daerah Yan telah diberi kepercayaan sebagai pasukan stage usher dan floor usher, iaitu pengiring yang bertanggungjawab menyambut tetamu kehormat, menguruskan pendaftaran peserta, serta membantu memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan teratur.

Penyertaan ini secara tidak langsung mencerminkan dedikasi dan semangat warga JKR Daerah Yan dalam mendukung program pembangunan profesional teknikal, selaras dengan aspirasi HPTN untuk mengorak inovasi demi kemajuan dan kesejahteraan masyarakat.

Tahniah kepada semua staf JKR Daerah Yan atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan! ๐ŸŒŸ


Semoga pengalaman ini terus menjadi inspirasi untuk terus maju dan berinovasi dalam bidang teknikal. ๐Ÿ’ช

Sumber: Unit ICT, JKR Daerah Yan, Kedah

#HPTN2025
#InovasiUntukKemanusiaan
#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah
#IamJKR