PROGRAM JEJAK HIJAU SEMPENA PROGRAM KOMUNIKASI PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM (CEPA)

Program Jejak Hijau Sempena Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) Peringkat Daerah Yan

YAN, 18 Disember 2025 – Program Jejak Hijau sempena Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) telah berjaya dilaksanakan pada jam 7.30 pagi bertempat di Perkarangan Parkir Titi Hayun, Yan. Program ini dianjurkan sebagai inisiatif meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar, keselamatan komuniti serta kerjasama antara agensi di peringkat daerah.

Program ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Pejabat RELA Daerah Yan, Pejabat Kesihatan Daerah Yan, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Yan, Pejabat Pertanian Daerah Yan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Ahli Majlis Daerah Yan, Pengurusan Environment Idaman serta kakitangan Majlis Daerah Yan.

Pelaksanaan Program Jejak Hijau ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan alam sekitar di kawasan rekreasi awam di samping menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam usaha menjaga kebersihan, keselamatan dan kelestarian alam sekitar. Program ini juga menjadi platform untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara agensi-agensi terlibat dalam menyampaikan maklumat, pendidikan serta mesej kesedaran kepada orang awam.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan ke arah mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan lestari demi kesejahteraan masyarakat Daerah Yan secara keseluruhannya.

SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.

#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah