YAN, 20 Januari 2026 – Satu lawatan audit dan Pemeriksaan Aset Kenderaan Persekutuan oleh Bahagian Perkhidmatan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berjaya dilaksanakan di JKR Daerah Yan.
Pemeriksaan yang melibatkan beberapa unit kenderaan dan jentera ini telah dijalankan dengan lancar dan teratur hasil kerjasama erat antara pihak audit dengan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Kedah. Hasil pemeriksaan mendapati kesemua aset yang diperiksa berada dalam keadaan memuaskan serta selamat digunakan bagi menyokong kelancaran operasi kerja di tapak.
Sehubungan itu, pihak JKR Daerah Yan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara sistematik, berkesan dan selamat untuk digunakan.
SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.
#JKRDaerahYan
#JKRNegeriKedah
#JKRIbuPejabat
#KementerianKerjaRaya
#TeamICTJKRDaerahYan
#PrihatinRakyat
#BerkhidmatUntukNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#TheGreaterKedah