NOTIS PENUTUPAN JALAN SEMENTARA JALAN FT252 JLN GUNUNG JERAI SEKSYEN 0.00 -11.00KM SEMPENA PROGRAM JERAI NIGHT HALF MARATHON 2026

NOTIS PENUTUPAN JALAN SEMENTARA JALAN FT252 JLN GUNUNG JERAI SEKSYEN 0.00 -11.00KM SEMPENA PROGRAM JERAI NIGHT HALF MARATHON 2026

Sempena program “Jerai Night Half Marathon”, pihak berkuasa ingin memaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa laluan ke Puncak Gunung Jerai (FT 252: Seksyen 0 – 9.0KM) akan ditutup sementara seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 30hb Januari 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 7:00 malam (30hb Januari 2026) sehingga 1:00 pagi (31hb Januari 2026)
🚧 Laluan Terlibat: Jalan Gunung Jerai (FT 252: Seksyen 0 – 9.0KM)
Perhatian dan kerjasama daripada orang ramai amat dihargai. Penutupan ini adalah perlu bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta orang awam dan kelancaran semasa program tersebut dijalankan.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih atas sokongan serta pemahaman anda.

Sumber daripada Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.

SUMBER : Unit ICT JKR Daerah Yan, Kedah.