KOTA SETAR, 7 Jun 2026 – Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Menggantikan Jambatan FT001/837/70 Sungai Sala, Kota Setar, Kedah telah berlangsung dengan jayanya di tapak projek Jambatan Sungai Sala, Kota Setar, Kedah.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Azman Bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan kementerian, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, wakil agensi kerajaan serta para jemputan, termasuk wakil daripada Jabatan Kerja Raya Daerah Yan.
Pelaksanaan projek ini merupakan antara usaha kerajaan dalam meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kemudahan infrastruktur jalan raya demi manfaat pengguna serta penduduk setempat.
Jabatan Kerja Raya Daerah Yan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jemputan untuk menghadiri majlis ini serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakannya.
Sumber : ICT JKR Kedah