MESYUARAT PRA-PEMBINAAN BAGI PROJEK DAIF KEDA (2025) – PEMBINAAN SEMULA BANGUNAN DAIF DI SK GUAR CHEMPEDAK, YAN, KEDAH (KBA9001)

๐Ÿ—๏ธ MESYUARAT PRA-PEMBINAAN BAGI PROJEK DAIF KEDAH (2025)

DAIF KEDAH (2025) – PEMBINAAN SEMULA BANGUNAN DAIF DI SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK, YAN, KEDAH (KBA9001)

๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat Utama, JKR Daerah Yan
๐Ÿ—“๏ธ 26hb Ogos 2026
โฐ 10:00 pagi

Satu mesyuarat Mesyuarat Pra-Pembinaan bagi Projek Daif Kedah (2025) โ€“ Pembinaan Semula Bangunan Daif di Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak, Yan, Kedah (KBA9001) telah diadakan pada 26hb Ogos 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JKR Daerah Yan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ir. Norashikin Binti Haron, Jurutera Daerah JKR Daerah Yan, dan turut dihadiri oleh Jurutera Bangunan JKR Daerah Yan, Mohammad Nazmi Bin Adnan, serta pasukan projek yang terlibat dalam pelaksanaan projek berkenaan.ย Mesyuarat turut disertai olehย wakil-wakil disiplin berkaitan (HOPT dan HODT), yang hadir secara fizikal dan atas talian bagi membentangkan skop projek serta membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan projek.

๐Ÿ“Œ MAKLUMAT PROJEK

๐Ÿ”น Tajuk Projek:
Daif Kedah (2025) –ย Pembinaan Semula Bangunan Daif di Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak, Yan, Kedah (KBA9001)

๐Ÿ”น Tarikh Milik Tapak:
1hb September 2026

๐Ÿ”น Tempoh Penyiapan Projek:
96 minggu

๐Ÿ”น Tarikh Siap Kerja:
3hb Julai 2028

Mesyuarat pra-pembinaan ini diadakan sebagai platform bagi memastikan segala persediaan, keperluan teknikal, penyelarasan antara disiplin serta aspek pengurusan dan pelaksanaan projek dapat dirancang dengan teliti sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan.

JKR Daerah Yan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat serta pihak yang terlibat, sama ada yang hadir secara fizikal mahupun secara atas talian, atas komitmen, kerjasama dan pandangan yang diberikan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek ini.

๐ŸŽ‰ Tahniah dan syabas diucapkan kepada Uni10 Energy Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama bagi projek ini. Semoga pelaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan lancar, berkualiti, menepati tempoh yang ditetapkan serta mencapai objektif yang telah ditetapkan, demi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif kepada warga Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak.

JKR Daerah Yan komited dalam memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dan berintegriti demi manfaat masyarakat dan pembangunan infrastruktur pendidikan negara.

“Delivery is Our Priority”

SUMBER : ICT JKR Daerah Yan

#iamJKR
JKR Kedah
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )