NOTIS MAKLUMAN KERJA-KERJA SENGGARA JALAN NEGERI

📢 NOTIS MAKLUMAN KERJA-KERJA SENGGARA JALAN NEGERI
K146 – Jalan Guar Chempedak / Pokok Tai, Yan, Kedah Darul Aman

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja senggara jalan negeri akan dilaksanakan di laluan K146 – Jalan Guar Chempedak / Pokok Tai, Yan, Kedah Darul Aman.

📍 Lokasi: K146 – Jalan Guar Chempedak / Pokok Tai, Yan, Kedah Darul Aman
📅 Tempoh Pelaksanaan:  4hb Oktober 2026 hingga 17hb Oktober 2026

🚧 Makluman kepada pengguna jalan raya:
Kerja-kerja ini akan melibatkan penutupan jalan secara berperingkat bagi membolehkan kerja-kerja senggaraan dilaksanakan dengan selamat dan teratur.

Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk:

🔸 Mematuhi arahan dan panduan daripada petugas di lokasi;
🔸 Mengurangkan kelajuan serta memandu dengan berhati-hati; dan
🔸 Merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesulitan akibat pelaksanaan kerja-kerja tersebut.

Pihak kami memohon kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh kerja-kerja dilaksanakan.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

Sumber : ICT JKR Daerah Yan

#iamJKR