MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK NAIKTARAF DAN UBAH SUAI AUDITORIUM, DEWAN DAN DEWAN TERBUKA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN


ALOR SETAR, 2 November 2026 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek naiktaraf dan ubah suai auditorium, dewan dan dewan terbuka di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Bangunan, JKR Negeri Kedah.

Majlis tersebut telah dipengerusikan dan disempurnakan oleh Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail, S.D.K., B.C.N. dengan penyerahan SST kepada kontraktor yang berjaya dilantik, iaitu Azhar Ahmad Construction Sdn. Bhd.

Projek ini bertujuan menaiktaraf dan menambah baik kemudahan auditorium, dewan serta dewan terbuka bagi menyediakan prasarana yang lebih selesa, kondusif dan memenuhi keperluan warga kampus.

Projek ini dijadualkan bermula pada 15 November 2026 (Tarikh Milik Tapak) dan siap sepenuhnya pada 11 November 2028.

Pihak JKR berharap agar projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar, menepati spesifikasi, standard kualiti serta tempoh masa yang ditetapkan demi manfaat warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

Tahniah diucapkan kepada Azhar Ahmad Construction Sdn. Bhd. atas pelantikan ini. Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sumber : ICT JKR Daerah Yan

#iamJKR