MAKLUMAN GANGGUAN TRAFIK SEMENTARA DI JALAN BATU PUTEH / LABU BESAR / BIKAN K166, DAERAH KULIM, KEDAH PADA 14 OKTOBER 2023 (SABTU)

Adalah dimaklumkan bahawa laluan Jalan Batu Puteh / Labu Besar / Bikan K166 dijangka akan mengalami gangguan traffik kepada semua kenderaan dan orang awam pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bermula dari 8.00am sehingga 6.00pm bagi tujuan melaksanakan Kerja Penghantaran Culvert di Jalan Padang Limau / Simpang Jangkang K809.
Namun begitu Jalan Batu Puteh / Labu Besar / Bikan K166 masih kekal dibuka untuk laluan orang awam.
Adalah diharapkan agar semua pengguna jalan raya mematuhi papan tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amatlah diharapkan. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pejabat JKR Daerah Kulim / Bandar Baharu, Kedah di talian 04-4904040 dan faks 04-4907950.
JKR Daerah Kulim / Bandar Baharu