BANDAR BAHARU, 12 Disember 2023, Majlis penyerahan Projek Kerja-kerja Pemasangan Pagar Anti-Climb Serta Kerja-kerja Berkaitan di PUSPEN Serdang dan juga Projek Kerja-kerja Pemasangan Pagar Anti-Climb Serta Kerja-kerja Berkaitan di PUSPEN Karangan Kulim, Kedah Darul Aman, telah berlangsung dengan jayanya bertempat di PUSPEN Serdang, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Yulinar Binti Ismail, Jurutera Daerah JKR Kulim/Bandar Baharu selaku Pegawai Penguasa kepada YBrs. En. Badrulhafiz Bin Sulaiman, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri. Majlis bertambah seri dengan kehadiran YBrs Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, YBrs En. George Blaise A/L Anthony Abad, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Ibu Pejabat AADK dan YBrs En. Mahazan Bin Othman, Pengarah PUSPEN Serdang.
Projek Kerja-kerja Pemasangan Pagar Anti-Climb Serta Kerja-kerja Berkaitan di PUSPEN Karangan Kulim, Kedah Darul Aman telah diberi milik tapak pada 29 Disember 2021 dan telah berjaya disiapkan pada 27 September 2023 manakala Projek Kerja-kerja Pemasangan Pagar Anti-Climb Serta Kerja-kerja Berkaitan di PUSPEN Serdang telah diberi milik tapak pada 29 Disember 2021 dan Berjaya disiapkan pada 20 Oktober 2023.
Kejayaan berganda pada hari ini pastinya diselangi dengan cabaran dan halangan semasa kerja pembinaan berjalan. Alhamdulillah hasil kerjasama yang padu dan jitu yang ditunjukkan oleh semua stakeholders yang terlibat, cabaran dan halangan yang mendatang telah dapat diharungi dengan sangat baik dan berjaya terjemahkan pada hari ini dengan penyerahan berganda pada hari ini kepada pihak pelanggan. Pembinaan projek-projek ini telah disempurnakan dengan sangat baik oleh kedua-dua pihak kontraktor memenuhi sepertimana kehendak spesifikasi kualiti pembinaan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan, dalam tempoh yang telah ditetapkan serta tidak melebihi siling peruntukan yang telah diperuntukan. Pihak kontraktor telah menunjukkan pretasi kerja yang cemerlang.
Adalah menjadi harapan besar Jabatan ini , penyiapan projek projek ini dapat memenuhi dan mempertingkatkan keperluan keselamatan yang diperlukan oleh pihak pelanggan sekaligus memberi manfaat kepada semua.
Jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang telah menjayakan penyiapan projek ini sepertimana yang ditetapkan.