NOTIS SEBUT HARGA KERJA JKR DAERAH KULIM/BANDAR BAHARU
SEBUT HARGA BIL.: JKR/KBB/SH/N/1/J-1/2024
KERJA-KERJA MENAIKTARAF SIMPANG TIGA (3) JALAN RANTAU PANJANG DI LALUAN K901/JALAN SUNGAI BULOH LALUAN K902 DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN.
NEGERI KEDAH SAHAJA
1. Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK dalam Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE01 dan CE21 (Kebenaran Khas Tidak Dibenarkan), berdaftar dengan Kerajaan Negeri Kedah (IDAFTAR) dan masih dibenarkan menyertai Sebut Harga pada masa ini.
2. Tuan-tuan dinasihatkan untuk memastikan tarikh SAH LESEN sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup Sebut Harga. KEGAGALAN berbuat demikian BERKEMUNGKINAN BOLEH MENJEJASKAN peluang bidaan yang dimasuki oleh tuan-tuan.
3. Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN.
4. Syarikat yang berminat, hendaklah membuat PERAKUAN menyertai sebut harga di sistem IDAFTAR (https://idaftar.kedah.gov.my) dan menjelaskan bayaran secara atas talian mengikut No. Sebut Harga iaitu JKR/KBB/SH/N/1/J-1/2024 bagi jumlah RM10.00 sebelum dokumen softcopy sebut harga dikemukakan kepada syarikat. Urusan penjualan dokumen sebut harga dibuka sepanjang masa setiap hari kecuali jam 12.00 tengah malam hingga 12.30 pagi bagi penyelenggaraan transaksi elektronik. pihak bank.
Tarikh Buka/Jual Tarikh Tutup
14.02.2024 20.02.2024 21.02.2024
5. Syarikat dikehendaki menyemak No.Siri Kawalan Dokumen yang diberikan melalui sistem IDAFTAR dan melengkapkan No.Siri Kawalan Dokumen pada setiap halaman muka depan Dokumen Sebut Harga pada ruangan sediakan. Kegagalan ini boleh mengakibatkan dokumen DITOLAK.
6. Jika Sebut Harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar / kurier, Penyebut Harga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
7. Dokumen Sebut Harga dalam bentuk (Salinan cetak) yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat JKR DAERAH KULIM / BANDAR BAHARU tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari, hari RABU, 21.02.2024