NOTIS SEBUT HARGA KERJA JKR/KBB/SH/N/3/B-2/2024 BAGI KERJA-KERJA NAIKTARAF BAHAGIAN JALAN, BAHAGIAN BANGUNAN DAN BILIK MESYUARAT JKR KULIM/BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN

NOTIS SEBUT HARGA KERJA JKR DAERAH KULIM/BANDAR BAHARU

SEBUT HARGA BIL: JKR/KBB/SH/N/3/B-2/2024

KERJA-KERJA NAIKTARAF BAHAGIAN JALAN, BAHAGIAN BANGUNAN DAN BILIK MESYUARAT JKR KULIM/BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN

NEGERI KEDAH SAHAJA

1. Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK dalam Gred G2 Kategori B Pengkhususan B24(Kebenaran Khas Tidak Dibenarkan), berdaftar dengan Kerajaan Negeri Kedah (IDAFTAR) dan masih dibenarkan menyertai Sebut Harga pada masa ini.

2. Tuan-tuan dinasihatkan untuk memastikan tarikh SAH LESEN sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup Sebut Harga. KEGAGALAN berbuat demikian BERKEMUNGKINAN BOLEH MENJEJASKAN peluang bidaan yang dimasuki oleh tuan-tuan.

3. Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN.

4. Syarikat yang berminat, hendaklah membuat PERAKUAN menyertal sebut harga di sistem IDAFTAR (https://idaftar.kedah.gov.my) dan menjelaskan bayaran secara atas talian mengikut No. Sebut Harga jaitu JKR/KBB/SH/N/3/B-2/2024 bagi jumlah RM10.00 sebelum dokumen softcopy sebut harga dikemukakan kepada syarikat. Urusan penjualan dokumen sebut harga dibuka sepanjang masa setiap hari kecuali jam 12.00 tengah malam hingga 12.30 pagi bagi penyelenggaraan transaksi elektronik pihak bank.

Tarikh Jual : 13.03.2024-19.03.2024

Tarikh Tutup : 20.03.2024

5. Syarikat dikehendaki menyemak No.Siri Kawalan Dokumen yang diberikan melalui sistem IDAFTAR dan melengkapkan No.Siri Kawalan Dokumen pada setiap halaman muka depan Dokumen Sebut Harga pada ruangan sediakan. Kegagalan ini boleh mengakibatkan dokumen DITOLAK.

6. Jika Sebut Harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar / kurier, Penyebut Harga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

7. Dokumen Sebut Harga dalam bentuk (Salinan cetak) yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat JKR DAERAH KULIM/BANDAR BAHARU tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari, hari RABU, 20.03.2024