NOTIS SEBUT HARGA KERJA JKR/KBB/SH/P/1/F-1/2024 BAGI KERJA-KERJA MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR KESELAMATAN JALANRAYA DIBAWAH RMK KE-12 TAHUN 2024, KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) – PELAKSANAAN KERJA MEMPERELOK LOKASI KERAP KEMALANGAN (BLACKSPOT) DI LALUAN FT136, SEKSYEN 7.00, JALAN KUALA KETIL – BANDAR BAHARU, DAERAH KULIM / BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN.

NOTIS SEBUT HARGA KERJA UNIT KONTRAK & UKUR BAHAN JKR DAERAH KULIM/BANDAR BAHARU

SEBUT HARGA BIL.: JKR/KBB/SH/P/1/F-1/2024

KERJA-KERJA MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR KESELAMATAN JALANRAYA DIBAWAH RMK KE-12 TAHUN 2024, KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) – PELAKSANAAN KERJA MEMPERELOK LOKASI KERAP KEMALANGAN (BLACKSPOT) DI LALUAN FT136, SEKSYEN 7.00, JALAN KUALA KETIL – BANDAR BAHARU, DAERAH KULIM/BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN.

NEGERI KEDAH DARUL AMAN SAHAJA

1. Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK dalam Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE01 DAN CE21 (Kebenaran Khas Tidak Dibenarkan) dan masih dibenarkan menyertai Sebut Harga pada masa ini.

2. Kontraktor yang ingin menyertai sebutharga hendaklah melengkapkan Borang Saringan Wajib bermula 13.03.2024 (RABU) hingga 19.03.2024 (SELASA) melalui pautan https://forms.qle/GBiJJWkpxGsr53MR6 Waktu ktu pautan hanya beroperasi pada waktu pejabat sahaja tidak termasuk cuti umum dan cuti hujung minggu seperti berikut:

Ahad hingga Rabu: 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang

Khamis: 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari

3. Hanya penyebutharga yang melepasi saringan wajib akan disenarai pendek untuk ke peringkat seterusnya. Penyebutharga yang telah disenarai pendek akan menerima email yangmengandungi  nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Bayaran hendaklah dibuat dalam masa tiga (3) hari selepas tarikh email makluman pembayaran.

4. Hanya penyebutharga yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui email untuk memuat turun Dokumen Sebutharga daripada https://cloud.kedah.gov.my.

5. Tuan-tuan dinasihatkan untuk memastikan tarikh SAH LESEN sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup sebutharga, KEGAGALAN berbuat demikian BERKEMUNGKINAN BOLEH MENJEJASKAN peluang bidaan yang dimasuki oleh tuan- tuan.

6. Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN.

7 Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Jurutera Daerah, JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari, hari SELASA 02.04.2024