MESYUARAT DAN LAWATAN PEMERIKSAAN KONSERVASI KEDIAMAN RASMI PEGAWAI DAERAH KULIM, KEDAH (PWD 01)

Kulim, 18 Mac 2024, Perbincangan dan lawatan pemula daripada Bahagian Kepakaran Konservasi, Cawangan Arkitek Ibu Pejabat JKR Malaysia, bagi membincangkan kaedah pelaksanaan konservasi ke atas kediaman rasmi Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ketika menjadi Pegawai Daerah Kulim yang pertama.

Sesi perbincangan dan lawatan tapak dihadiri Tuan Pegawai Daerah Kulim, Jurutera Daerah JKR Kulim/Bandar Baharu, Arkitek Penguasa Kanan dan Arkitek Penguasa dari Bahagian Kepakaran Konservasi, Ibu Pejabat JKR Malaysia.