PROGRAM PENANAMAN POKOK PERINGKAT JKR PADANG TERAP/POKOK SENA

 

10 Julai 2025 (Khamis) – Program penanaman pokok yang dianjurkan dengan kerjasama ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก dan ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก adalah kesinambungan daripada Pelancaran Program Penanaman 2 Juta Pokok yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah pada 21 Januari 2025 di Hutan Simpan Pedu, Padang Terap, Kedah. Program ini diterajui oleh Jemaah Datoโ€™-Datoโ€™ Negeri Kedah.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran rakyat di Negeri Kedah serta generasi akan datang mengenai kepentingan kelestrian alam dengan penanaman semula pokok-pokok yang semakin berkurangan disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pembangunan.
Sebanyak 2.2 juta pokok disasarkan untuk ditanam menjelang tahun 2030 sebagai simbolik kepada jumlah 2.2 juta penduduk di Negeri Kedah.
Program ini telah berjaya dilaksanakan di Kuari Bukit Barak dan JKR Pokok Sena dengan penanaman 62 batang pokok pelbagai spesis simbolik kepada 62 orang warga kerja JKR Padang Terap / Pokok Sena dan akan daftarkan di dalam sesawang jutaanpokok.kedah.gov.my agar objektif program ini dapat dicapai.
Pihak JKR Pokok Sena / Padang Terap merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan Jabatan Hutan Negeri Kedah diatas sumbangan dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan program ini.