17 September 2025| Rabu,
YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah UKAS telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Naiktaraf Longkang Taman Wira Mergong FT 255 bagi meninjau sendiri operasi kerja di tapak di samping mendapatkan taklimat pengoperasian dan status kemajuan kerja semasa kerja-kerja naiktaraf tersebut.
Taklimat telah disampaikan oleh Ybrs. Tuan Pengarah JKR Kedah Ir. Mohd. Fisal bin Ismail ,Dr. Azmir bin Hasnul Rabaain, Tuan Pengurus Besar THB Maintenance Sdn. Bhd. Ts. Mohd. Firdaus bin Ahmad Termizi dan Pengurus Negeri THB Maintenance Sdn. Bhd. En. Shukri bin Tahir. Hadir sama ke sesi lawatan Ts. Muhammad Ikhsan bin Heris THBM, Ts. Muhd Arif bin Kamaruddin THBM dan beberapa pegawai-pegawai dari Ukas.





