.
.
.
12 Disember 2024 – Program Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2024 pada tahun ini telah diadakan di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang pada 11 & 12 Disember 2024.
Majlis penutup sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2024 oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan HPTN 2024.
Turut hadir bersama ke HPTN 2024 pada tahun ini di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena Pulau Pinang, Puan Jurutera Daerah JKR Pendang Ir. Khadijah Binti Abdul Razak, Jurutera Bangunan JKR Pendang, Ir. Ts. Muhammad Kasimi Bin Abd Khalil dan beberapa orang pegawai dan staf dari JKR Pendang, Kedah.
.
Pelbagai perkongsian ilmu berkaitan bidang teknikal turut diberikan kepada para hadirin sepanjang program berlangsung serta pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik turut diberikan kepada yang bertuah.
.
.
Layari Facebook Rasmi JKR Pendang :